Jangan lupa, besok kita puasa 'Arafah ya...
Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari ke 9 Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:
Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari ke 9 Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka
Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun
yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah
disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi
perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan
apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang
berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama
Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi
susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya.
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi
mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie;
at-Thabrani dari Aisyah rha)
Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping
berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati
yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9
Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan
hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang
kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan
haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada
hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari
pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal
bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu
hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith
Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari
tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith
yang diriwayatkan dari Umar ra:
Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu
‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad,
an-Nasa’ie, Abu Dawud)
Serta hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk
mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari
tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.”
(Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan)
9 komentar:
Alhamdulillah,, aq beberapa hari ini sdh puasa :D
smoga bsok masih ada kesempatan buat puasa lagi :D
semoga bisa diamalkan dan dimudahkan oleh-Nya ya Aamiin... *smile
Amiin, semoga diterima amal ibadah yg puasa Arofah.
Dan bagi yg tdk bisa puasa spt saya skrg, sediih deh:(
Aku lagi dapet beberapa hari ini..jadi ga bisa puasa Mbaa :(
Alhamdulillah hari ini sudah selesai .. tinggal besok yang terakhir :)
ayo puasa.. :D
saya sedang berhalangan mbak, jadi kemarin gak ikutan puasa arafah, cuma pascal & bapakknya saja yang ikut puasa
.. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang .....
bagus bgt manfaatnya
semoga menjadi informasi yang bermanfaat
salam kenal
NANGKRING.
obat tradisional lambung.
OBAT SAKIT GIGI ANAK .
Posting Komentar